Renungan kalam seorang wali ALLAH

Hasan Al-Basri ( Tokoh Wali Sufi ) pernah berkata :
" Bunyi percikan pena ulama' adalah tasbih, penulisan ilmu dan memandangnya adalah ibadah. Jika dakwat itu mengenakan pakaiannya maka seolah-olah dia terkena darah syuhada' , jika menitik ke atas bumi ia akan memancarkan cahaya orang yang memandangnya. Lalu dikatakan : " Ini adalah salah seorang hamba ALLAH dan akan dibangkitkan bersama-sama dengan para Nabi. "

Terima Kasih kerana follow blog saya


Monday, December 31, 2012

SPM PUNYA CERITA 1 : Study Bersama Kawan-Kawan

Assalamualaikum pembaca sekalian :)


Kali ini saya tergerak hati untuk menceritakan kisah2 hidup saya sepanjang SPM berlangsung; sebelum dan selepas SPM. Okay, first and foremost tentang study group saya dengan kawan-kawan. STUDY GROUP?!   Seronok ke? Well, depends pada orang. Ada sesetengah tu lebih cenderung kepada study sendiri dan ada sesetengah juga yang cenderung kepada study secara berkumpulan. Jadi, anda bagaimana? Kenali dirimu.


Bagi saya, saya cenderung kepada dua-dua sekali :) Saya boleh study group dan saya pun boleh study sendiri. Tapi study group lagi SERONOK ! First sekali sebab dalam ISLAM ada kata bahawa study secara berkumpulan tu berkat. Study group juga dapat memudahkan kita faham, dapat jimat masa, semangat akan membara bila tengok kawan2 pun semangat :D Seronok sangat ! Okay, jom view gambar ;)



Haaa, ni lah ahli Study Group saya. Haritu kami pakat buat study group. Pagi2 tu riadah kat tasik dulu.
* SCIENCE STUDENT FORM 4 2011

Tahun 2012. Tahun SPM. Tahun ni paling banyak buat study group dengan kawan-kawan. Rinduuuunyaa :')
Study sama2, tidur sama2, makan sama2, gelak sama2 :')

Study group kami tak tentu tempatnya. Kadang kat rumah Khadeejah, rumah Maryam, kat Kelas pun boleh. Janji ada tempat yang selesa ! :D Start dari pagi sampai petang kami dating dengan buku. Tak pun kadang2 kami tidur terus dengan buku2 tu. Buku sebagai bantal kami. * Hiperbola pulak. Hmm, kami selalu juga tidur rumah Khadeejah and Maryam. Thanks korang ! Semoga Allah rahmati kalian. Kami juga ada sewa homestay. HOMESTAY? Tu, kisah lain. nanti saya update entri lain ye.Okay, tengah rinduuu nih !

Tengok, Sekarang dah SPEECHLESS :')
Takpe, kita view gambar Jom !


Belajar CHEMISTRY bersama Cikgu Aisyah Peong :)




Ni waktu malam rasanya. Sementara tunggu yang lain bersiap-siap untuk solat, kami capture gambar dulu :)
*Study group rumah maryam a.k.a Yayaaam :D



Study kat Library Shah Alam. 

Itu sahaja dari saya. Memang sangat SPEECHLESS sekarang. Rindu kenangan dahulu. Rindu Tahun 2012. Rindu SPM !

* Nantikan SPM PUNYA CERITA yang seterusnya. Thanks for read dear :)
May ALLAH love and grant you and me Paradise.
Allahumma Ameen !
Do Pray for Palestine :)




No comments:

Post a Comment