Renungan kalam seorang wali ALLAH

Hasan Al-Basri ( Tokoh Wali Sufi ) pernah berkata :
" Bunyi percikan pena ulama' adalah tasbih, penulisan ilmu dan memandangnya adalah ibadah. Jika dakwat itu mengenakan pakaiannya maka seolah-olah dia terkena darah syuhada' , jika menitik ke atas bumi ia akan memancarkan cahaya orang yang memandangnya. Lalu dikatakan : " Ini adalah salah seorang hamba ALLAH dan akan dibangkitkan bersama-sama dengan para Nabi. "

Terima Kasih kerana follow blog saya


Thursday, November 18, 2010

SMAKL IN MEMORIES...=)











________________________________________________
Assalamualaikum semua;)

Alhamdulillah, bersyukur kepada ILAHI kerana hari ini ana sekali lagi dpat mengupdate blog ini setelah sekian lama merehatkan tangan dan otak demi memerah idea kurniaan Yang Maha ESA.Tdk lupa juga kpd junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat yg telah mencurahkan bakti dlm proses mengembangkan ISLAM di persada dunia.Beruntungnya kita (umat Nabi Muhammad S.A.W), tdk perlu bersusah payah, berjuang, berperang seperti umat-umat pada zaman dahulu yg mana mereka berusaha semaksima mungkin demi memacakkan panji-panji ISLAM justeru menyebarkankan ideologi ISLAM di seluruh pelosok dunia.

Hari ni ana bawakan kisah baru yang mana kisah ini belum diolah,ditafsir mahupun ditokok tambah.Kisah ana and parents ke bumi tarbiyah SMAKL(Sekolah Menengah Agama Kampung Laut):D
and 3...2....1....START !

Hari itu Isnin.Petang itu,kami sekeluarga merancang menziarahi rumah mak cik saudara kami, Cik Ni di Kuantan sekaligus tidur di rumahnya kerana esoknya(selasa) kami akn pergi ke Terengganu, mengambil kakak sulungku.Barang-barang semuanya sudh siap packing.Tunggu pergi je.Kebetulan hari tu, ayah and ummi kerja.So, kami adik beradik duduk rumah menanti masanya utk bertolak.Tunggu punya tunggu(lama juga kami tunggu) sampai la ke petang.Malam tu, ayah balik lewat sdikit.Ayah kata mungkin tdk jadi pergi hari ini dan esoknya terus ke SMAKL, tdk singgah di rumah mak cikku.Punyalah sedih kami masa itu.Tp xpe lah, mybe ade hikmahnya..kan, kan ?

Esok pagi kira-kira jam 5.30 pagi kami bertolak.Seronoknya ! Kami sekeluarga memang sudah lama tdk pulang ke kampung memandangkan kampung kami terletak di negeri pantai timur.Suasana pagi yg dingin ditambah pula dengan Air cond yg dipasang tahap 'high' membuatkan adik-adikku diulit mimpi indah.Ana membuka bungkusan snek kegemaran sejak kecil lagi sambil menikmati pemandangan di pagi hari.Subhanallah ! Indah sungguh !

Perjalanan yg mengambil masa kira-kira 8 jam utk sampai ke SMAKL membuatkan tubuhku lelah.Ana menyandar diri di kerusi empuk keluaran syarikat kereta TOYOTA sambil membaca buku TAUTAN HATI yg tdk sampai 1/3 muka kubaca.Tiba-tiba adik-adikku menjerit : "kak ngah ! tengok tu !!!! cantiknya!!".Ana berpaling ke tempat tundingan jari mulus adikku. "Subhanallah ! kabus tebal !!cantiknya !! .Ana mengeluarkan handycam keluaran syarikat sony, lalu merakam detik-detik indah itu.Dalam pada itu, kami sekeluarga turut berdoa agar dijauhkan drpd malapetaka disebabkan pandangan kami menjadi kabur dek kabus tebal itu.Ayahku dengan segera menyalakn lampu hadapan kereta.

Setelah lama berjalan, akhirnya kami tiba juga di SMAKL.Seronoknya ! Lama benar ana tdk menjejakkan kaki di sini.Ayah meletakkan kereta berdekatan dengan surau sekolah itu.Ramai yg memandangku.Perasaanku tdk keruan.Malu, sedih, rindu semuanya ada.Kami keluar dari kereta dan menuju ke surau bagi menunaikan kewajipan sebagai hambaNYA.Tiba-tiba kakak sulungku menghampiri kami.Lantas terus kami menyalam dan memeluknya.Yalah, tdk mungkin kami tdk merinduinya memandangkan sudah beberapa bulan kakakku tdk pulang ke rumah.

Di surau yg agak lengang dgn para pelajar, ana berjumpa dgn kak Fatin dan kak Wani. Rindunya dengan kalian berdua ! Kali terakhir kami bersua adalah sewaktu camp ALERT yg berlansung jika tdk silap bulan MARCH.Alhamdulillah, mereka masih ingat ana lagi.Syukur=) Tdk berapa lama selepas itu, ana bertemu dgn seorang sahibah.Dia sangat-saangaat bermakna buat ana.Itu dia SUWAIBAH namanya ! Memang itu adalah kali pertama kami berjumpa tp bagi ana, kami bagaikan sudah berkali-kali jumpa.Yelah, soalnya KAK AISYAH ULYA sering kali menonjolkan namanya di blog kesayangannya.Buat pembaca sekalian, jika ingin mengenalinya lebih lanjut layarilah blog ini di www.aisyahulya.blogspot.com .Ana juga ada berjumpa dengan k. Tonah, k.Syamilah, K.naemah, K.Balqis dan ramai lagilah yg ana tdk kenal.


Itu sahaja daripada ana.Apa yang baik itu datang drpd ALLAH dan yg buruk itu datang dari kelemahan ana sendiri.Hakikatnya, kedua-duanya datang drpd ALLAH.Mohon maaf andai post terbaru ini tdk menyenangkan sesetengah pihak.

Semoga ALLAH sayang kita semua !


KENANGAN BUAT TATAPAN SEMUA :



**gamba kurang jelass meh !




**Dari kanan :Suwaibah ,me ,k.syamilah ,k.Tonah ^^

itu shj dr saya..salam ;)

Sunday, November 14, 2010

CAMP PESAKA 2010

INDAH =) NYAMAN =) AMAN=) DAMAI=) TENTERAM=)


I LOVE YOU FRIENDS !!


Alhamdulillah, segalanya sudh berakhir.Tp x b'mkna kami bercuti dlm kpuasan yg maximum.Masih ada tugas dan wajibat yg perlu dselesaikn.Ya, sbgai khalifah Allah utk memakmurkan bumi-NYAdan mengabdikn diri spenuhnya kpd Allah.Ya Allah, adakh kami mampu utk mngembangkan ISLAM ini ?? Sedangkn ana yg dtugaskn sbg ktua kump masih terkapai-kapai.Ana tdk mampu ! Lelah ! adakalanya ana mengambil kata putus utk abaikn shj ahli2 kump ana.Mnjdi ktua kump mmg susah.Teringat kembali, ana hmpir pitam demi mnjaga karenah mereka.Tp, Alhmdulillah berkat kkuatan yg Allah berikn, ana gagahi jua.Bgaimne Nabi Muhammad dan para sahabat b'jye mngembangkan Islam ?Mereka tdk pernah merungut apatah lagi mengeluh kuat ! Sungguh hebat mereka smua yg tdk mengenal erti putus asa walaupun menghdapi tntangan yg jelas skali lebih hebat dan dahsyat drpd kita semua.

OK la,ana nk share skit psal kem 3 hari 2 mlm b'tmpat di Sungai Dara,Tanjung Malim,Perak.Ramai yg tnye seronok ke kem kt sne? Ana juz jwb :Alhamdulillah;).Ana tau cikgu2 dan akk2 fasi dh cuba yg t'baik.It's OK la kalau sekali-sekala jd org susah.Bila lg nk dpt pngalaman camtu, kan? Dgn kmudahan yg kurg mmuaskan, air x de, tidur x lena.Dikira b'syukur la tu sbb kami smua x tdur berbumbungkan langit berlantaikan tanah.Ada juga kipas yg tdk jemu-jemu berputar menghasilkan angin sejuk.Alhamdulillah:-)

Kami bertolak ke sana kira2 pukul 10.00 a.m.Setelah mengambil tmpat duduk masing-masing, kami bersama-sama membaca doa kenderaan dan ma'thurat.Perjalanan yg memakan masa 3 jam membuka ruang untuk kami berehat dan bersantai-santai dahulu kerana selepas ini kami bakal berjalan sekitar 3 km dan menuruni 70 anak tangga.(Bayangkanlah..)Kira-kira jam 12 kami tiba juga ke destinasi yg dituju.Lalu turun drpd bas dan mengambil beg masing-masing.

Kami menyeberang sebatang jalan besar yang tdk dihuni kesesakan kereta seperti di jalan2 yg lain.Sampai shj di side jalan sbelah sana, kami mendongak ke atas.Kami terpaku.'Ini ke titik permulaan perjalanan kami ?,Curam jiddan bukit ini !' Tanpa melengahkan masa lgi, kami melangkahkan kaki memudiki bukit curam itu dlm keadaan terpaksa.Ya Allah, kami butuhkan bantuanMU, sampaikanlah kami ke tapak perkemahan itu.Ameen! Alhamdulillah, ana bawa beg tarik masa tu.So, x de la berat sgt.Setelah bberapa jam berlalu, kami smpai juga ke tapak perkemahan.Sekali lagi kami merungut.'Ya Allah, benarkah kami akan kem di sini?'.Kami duduk berehat sambil meneguk air yg dibawa oleh kami.Air yg asalnya penuh hanya tinggal suku.Betapa penatnya kami, Allah shj yg Tahu.

Pukul 2 lebih,kami solat jamak dan qasar berjamaah.Selepas itu,sesi ICE BREAKING bermula.Byk juga game yg kami tdk pernah main sblum ini.Terutamanya game sms berhemah(klu x silap ana la) Game tu memang merapatkan ukhuwah sbb kami perlu bersmbg dgn org yg berada di hdpn kami setelah muzik di "0FFkn".Ada diantara kami dpt org yg tdk dikenalinya sblum ini.Ana bersembg dgn FATIHAH, SHAHINDAH dan AFIINA.Byk juga perkara yg kami sembgkn.

Hari keesokannya, KEMBARA TARBAWI melabuhkan tirainya.Kami perlu berjalan dan memudiki bukit yg agak jauh jaraknya.Objektif aktviti ini adalah utk mngingatkn kami kembali kpd kisah Siti Hajar yg melakukan sai' yang mana beliau berulang-alik drpd sofa dan marwa utk mencari air utk anknya.Di spnjg perjlann, ada chekpoint tertntu.Kalau kami terlepas, kami terpksa berpatah balik.So, kami perlu ALERT! di spanjg pjlanan.Stelah lama berjalan, kami yg dipandu oleh seorg ust menuruni sebuah bukit yg terdpt di dlm hutan belantara.Kami fikir inilah titik permulaannya perjlnn kami kerana sblum ini kami hanya berjln di atas jalan yg diturap dgn tar.Sangkaan kami meleset apabila terlihatkan sebatang sungai yg putih jernih airnya.Sukanya kami waktu itu.Kami mengisi air sungai di dlm botol yg kami bawa lalu minum sepuasnya.SEJUK !Alhamdulillah, hilg juga kering tekak kami ini.Setelah lama berada di sungai kami menuruskan kembara kami yg masih tertangguh.Banyak aktiviti yg dijlnkan di setiap chek point yg kami temui.Kira-kira pukul 2, kami bersiap-siap utk memasak.Peralatan yg kami bawa dr rumah, kami kumpulkan.'Alhamdulillah, byknya makanan !' Ada sardin,telur dan maggi(hanis bawa).Kami mengumpulkan kayu api dan dedaun kering utk dijdikan sbg bahan jilatan api.Susah juga ya menghidupkan api ! Kami mencuba beberapa kali, ttapi masih tdk berjaya.Kemudian, Hanis mencuba buat kali yg ke-4.Alhamdulillah, api menyala! Kami menanak nasi dahulu kerana nasi lambat sdikit masak berbnding mknn lain.Setelah itu, kami memasak sardin, telur hancur dan maggi.SEDAP !

Esoknya tiba.Pagi2 tu kami dikejutkan oleh fasi.Aku bangun lantas melihat jam hitam putih pemberian ayah kerana pencapaianku yang cemerlang dlm Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR).'Laa, baru pukul 3.Knape la agknya ?', persoalan itu bermain-main di benak fikiranku.Tiba-tiba kak Mun selaku kem kom kami berkata :"Hari ni kita nak main NIGHT WAR !."APA ?!!!".Terkejut kami dibuatnya."NIGHT WALK??! jgnlah,jgnlah,jgnlah.."Tiba-tiba seorang pelajar bertnye semula :"akak, NIGHT WALK ker NIGHT WAR??!" ."Haih, antunna ni..NIGHT WAR lah !".Klimah Alhamdulillah tdk putus-putus kluar drpd mulut kami.Memg kami pelajar SMIK agak takut dgn game sebegini(NIGHT WALK).Terutamanya di tmpat2 yg asing bg kami.Kemudian, kami bingkas bangun lalu berkumpul di padang bersebelahan dgn dewan kami.Kami diberi 7 belon yg diisi air di dalamnya serta sebatang nyalaan lilin yg mewakili nyawa bagi kump kami.Belum sempat kami memasang starategi, permainan dimulakan.Sekejap shj nyalaan lilin itu terpadam:( .Tdk mengapalah.Ttpi permainan kali kedua pula, kami memasang strategi dan mengagihkan tugas melawan musuh dgn cekap.Agak susah juga bagi musuh utk mlawan.Sehinggalah akhirnya, kump kami banyak yg sudah mati.Apalagi pihak lawan terus meniup nyalaan lilin itu tdi.Oh, sedihnya..

Kemudian, kami bersiap sedia utk menunaikan Solat Fardhu Subuh.Usai Solat Subuh, kami membuat bulatan besar dan membaca Al-Mathurat.Selepas itu, Mak Cik Sal menghadirkan diri utk duduk bersama kami bagi memberikan sedikit kuliah subuh yang berlaku di zaman Nabi Isa Alaihissalam.Seronok sungguh cerita Mak Cik Sal !Tp waktu itu, ramai yg tersengguk2.Mungkin tdk selesa tdur semalam .

Petang itu, kira-kira pukul 3.48 kami bertolak pulang.Ya Allah, berat sungguh beg kami! walaupun bgitu,kami berusaha juga mengangkat bagasi berat kami itu dgn bersungguh2 demi menapaki tangga curam.Sampai shj di tangga yg teratas, kami mendongak ke atas langit."tik..tik..tik.." "Ya Allah, hujan turun!!!".Kami mempercepatkan langkah.Hujan yg turun rintik-rintik dari tadi mula lebat mencurah bumi."Ya Allah,bantulah kami.Sampaikanlah kami ke rumah agar kami dapat mengucup dan memohon maaf drpd kdua ibu bapa kami !, Ameen!".Terlupa pula, kami ada prog muhasabah diri yg dikepalai oleh Cikgu Fazlina dan Cikgu Aisyah.Sedih sungguh mengenangkan dosa yg menggunung tinggi.Terutamanya kpd ibu bapa, para guru dan sahabat-sahibah.Hujan yg turun sejak tadi masih tidak berhenti.Kami beristighfar beberapa kali memohon agar dijauhkan drpd musibah yg melanda.Ana membantu seorang kawan ana,Arina mengangkat beg beratnya memandangkan atas beg roda ana tiada apa-apa."Terima kasih anti.X apa ke ni?" "emm,sama2.X apa.Inilah ukhuwah! Bila lg nak rasa pngalaman camni kan? hee~".Kami lantas mengukir senyuman.Akhirnya kami sampai juga ke tapak bus berhenti setelah penat lelah berjalan sejauh 3 km."Alhamdulillah, smpai juga kita !"

Di dalam bas, ana dan Arina memilih tmpat duduk di belakang memandangkan tmpat itu shj yg kosong.Kami tdk byk bercerita sebaliknya merehatkan tubuh badan yg tlh banyak memberikan khidmat di spnjang kem ini.Pada pukul 6 ptg, kami dikehendaki menukar bus lain memandangkan bus yg kami naiki ada sedikit kerosakan.Bus yg kami naiki berhenti di Masjid Shah Alam dan kami menunggu bus seterusnya hinggalah pukul 7 lebih.Akhirnya, kami sampai juga di Sekolah Menengah Ibn Khaldun(SMIK) kira-kira pukul 7.34.Kami menelefon ibu bapa masing-masing dan tdk lama selepas itu ibu bapa kami sampai.Kami bersalaman dan ASSALAMUALAIKUM,ANA PULG DHULU!!!!!!

-khaulah Al Azwa-

Monday, November 8, 2010

TOMORROW CAMPING!!!!!!!



salam semua;)
Alhamdulillah, hari ni ana masih diberi peluang utk hidup, bernafas dan seterusnya dpt menggerakkan tgn ana utk terus m'update blog ini.Ya Allah, aku berasa amat bersyukur!
Ana hnye ade bberapa minit lgi dan slepas ini ana harus memberi layanan merehatkan tubuh badan ana.

OK, ana nk share sikit la about camping kami smua esok.Bertmpat di Tnjung Malim,Perak.Tp tmpatnye tdk seindah photo di atas.Insya Allah, ana diberi peluang sekali lg utk menjd ktua kump(x sngke pula yer..)dgn ahli sramai 11 org :


F3
1)Adilah
2)Fatihah Karim
3)Asfa
*stahu ana mreka b'tiga ni satu geng.Boleh pula satu kump yer.Dah rezeki mereka nk buat cane.*

F2
1)Maizatul
2)Raja Hanis
3)Fatimah Nizam
4) Zafirah

F1
1)Afifah Azmi
2)Adilah Ramlan
3)Afni
4)Husna Azmi(x dpt hadir.sedihnya..)

Itu sajalah.Ramai bukan? .Insya Allah, ana akn conduct baik2.Doakan yer.

-Khaulah Al-Azwa-

Sunday, November 7, 2010

Saturday, November 6, 2010

((;UKHUWAH FILLAH ;))












Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku
melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi




***oh,sahabat..aku benar-benar merinduimu..***





Saturday, March 27, 2010

F4 DRI SMAKL DATANG!!!

ari ni 26/03 f4 dri SMAKL wat lwatan smbil ronda2 kt SMIK..ade K.AIN,K.SUAIDAH,K.ZULFA,K.HUSNA,K.NORA,K.AMIRAH and MY LOVELY SISTER too..YA ALLAH!!sronok btulla time korg dtg..walaupun skejap tpi knangan t'indah itu x kan KU lupa smpai bila2..SEMOGA JALINAN UKHUWAH YANG TERBINA AKAN KEKAL SELAMANYA!AMEEN!