Renungan kalam seorang wali ALLAH

Hasan Al-Basri ( Tokoh Wali Sufi ) pernah berkata :
" Bunyi percikan pena ulama' adalah tasbih, penulisan ilmu dan memandangnya adalah ibadah. Jika dakwat itu mengenakan pakaiannya maka seolah-olah dia terkena darah syuhada' , jika menitik ke atas bumi ia akan memancarkan cahaya orang yang memandangnya. Lalu dikatakan : " Ini adalah salah seorang hamba ALLAH dan akan dibangkitkan bersama-sama dengan para Nabi. "

Terima Kasih kerana follow blog saya


Thursday, November 18, 2010

SMAKL IN MEMORIES...=)











________________________________________________
Assalamualaikum semua;)

Alhamdulillah, bersyukur kepada ILAHI kerana hari ini ana sekali lagi dpat mengupdate blog ini setelah sekian lama merehatkan tangan dan otak demi memerah idea kurniaan Yang Maha ESA.Tdk lupa juga kpd junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat yg telah mencurahkan bakti dlm proses mengembangkan ISLAM di persada dunia.Beruntungnya kita (umat Nabi Muhammad S.A.W), tdk perlu bersusah payah, berjuang, berperang seperti umat-umat pada zaman dahulu yg mana mereka berusaha semaksima mungkin demi memacakkan panji-panji ISLAM justeru menyebarkankan ideologi ISLAM di seluruh pelosok dunia.

Hari ni ana bawakan kisah baru yang mana kisah ini belum diolah,ditafsir mahupun ditokok tambah.Kisah ana and parents ke bumi tarbiyah SMAKL(Sekolah Menengah Agama Kampung Laut):D
and 3...2....1....START !

Hari itu Isnin.Petang itu,kami sekeluarga merancang menziarahi rumah mak cik saudara kami, Cik Ni di Kuantan sekaligus tidur di rumahnya kerana esoknya(selasa) kami akn pergi ke Terengganu, mengambil kakak sulungku.Barang-barang semuanya sudh siap packing.Tunggu pergi je.Kebetulan hari tu, ayah and ummi kerja.So, kami adik beradik duduk rumah menanti masanya utk bertolak.Tunggu punya tunggu(lama juga kami tunggu) sampai la ke petang.Malam tu, ayah balik lewat sdikit.Ayah kata mungkin tdk jadi pergi hari ini dan esoknya terus ke SMAKL, tdk singgah di rumah mak cikku.Punyalah sedih kami masa itu.Tp xpe lah, mybe ade hikmahnya..kan, kan ?

Esok pagi kira-kira jam 5.30 pagi kami bertolak.Seronoknya ! Kami sekeluarga memang sudah lama tdk pulang ke kampung memandangkan kampung kami terletak di negeri pantai timur.Suasana pagi yg dingin ditambah pula dengan Air cond yg dipasang tahap 'high' membuatkan adik-adikku diulit mimpi indah.Ana membuka bungkusan snek kegemaran sejak kecil lagi sambil menikmati pemandangan di pagi hari.Subhanallah ! Indah sungguh !

Perjalanan yg mengambil masa kira-kira 8 jam utk sampai ke SMAKL membuatkan tubuhku lelah.Ana menyandar diri di kerusi empuk keluaran syarikat kereta TOYOTA sambil membaca buku TAUTAN HATI yg tdk sampai 1/3 muka kubaca.Tiba-tiba adik-adikku menjerit : "kak ngah ! tengok tu !!!! cantiknya!!".Ana berpaling ke tempat tundingan jari mulus adikku. "Subhanallah ! kabus tebal !!cantiknya !! .Ana mengeluarkan handycam keluaran syarikat sony, lalu merakam detik-detik indah itu.Dalam pada itu, kami sekeluarga turut berdoa agar dijauhkan drpd malapetaka disebabkan pandangan kami menjadi kabur dek kabus tebal itu.Ayahku dengan segera menyalakn lampu hadapan kereta.

Setelah lama berjalan, akhirnya kami tiba juga di SMAKL.Seronoknya ! Lama benar ana tdk menjejakkan kaki di sini.Ayah meletakkan kereta berdekatan dengan surau sekolah itu.Ramai yg memandangku.Perasaanku tdk keruan.Malu, sedih, rindu semuanya ada.Kami keluar dari kereta dan menuju ke surau bagi menunaikan kewajipan sebagai hambaNYA.Tiba-tiba kakak sulungku menghampiri kami.Lantas terus kami menyalam dan memeluknya.Yalah, tdk mungkin kami tdk merinduinya memandangkan sudah beberapa bulan kakakku tdk pulang ke rumah.

Di surau yg agak lengang dgn para pelajar, ana berjumpa dgn kak Fatin dan kak Wani. Rindunya dengan kalian berdua ! Kali terakhir kami bersua adalah sewaktu camp ALERT yg berlansung jika tdk silap bulan MARCH.Alhamdulillah, mereka masih ingat ana lagi.Syukur=) Tdk berapa lama selepas itu, ana bertemu dgn seorang sahibah.Dia sangat-saangaat bermakna buat ana.Itu dia SUWAIBAH namanya ! Memang itu adalah kali pertama kami berjumpa tp bagi ana, kami bagaikan sudah berkali-kali jumpa.Yelah, soalnya KAK AISYAH ULYA sering kali menonjolkan namanya di blog kesayangannya.Buat pembaca sekalian, jika ingin mengenalinya lebih lanjut layarilah blog ini di www.aisyahulya.blogspot.com .Ana juga ada berjumpa dengan k. Tonah, k.Syamilah, K.naemah, K.Balqis dan ramai lagilah yg ana tdk kenal.


Itu sahaja daripada ana.Apa yang baik itu datang drpd ALLAH dan yg buruk itu datang dari kelemahan ana sendiri.Hakikatnya, kedua-duanya datang drpd ALLAH.Mohon maaf andai post terbaru ini tdk menyenangkan sesetengah pihak.

Semoga ALLAH sayang kita semua !


KENANGAN BUAT TATAPAN SEMUA :



**gamba kurang jelass meh !




**Dari kanan :Suwaibah ,me ,k.syamilah ,k.Tonah ^^

itu shj dr saya..salam ;)

1 comment:

  1. bestnye dpt pi sana.....x ajak ana pon....
    hehe..men2 ja...

    ReplyDelete